c) Perayaan Kuih Bulan
Perayaan Kuih
Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah
Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan
Kuih Bulan disambut pada hari kelima belas dalam bulan kelapan mengikut
kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan
Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu
hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri.
Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau
adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk
memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan
yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga
tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk
kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis
itu.
No comments:
Post a Comment