a) Tahun
Baru Cina
Perayaan ini disambut
secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya terdapat 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru
semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya
adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah
berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum
berumahtangga. ‘Angpau’ merupakan sejenis sampul berwarna merah dan diisi
dengan sejumlah wang yang membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan.
Buah limau mandarin dan kuih bakul pula merupakan kemestian yang perlu ada
semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru
Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai
untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup
kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Mei.
No comments:
Post a Comment