b)
Chap Goh Mei
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei yang
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap
Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di
mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.
Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para
gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar
mendapat pasangan yang serasi. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke
dalam laut atau sungai dengan berdoa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang
basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi
menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau
singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar “Chingay”.
No comments:
Post a Comment