Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh
sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya, sesuatu perayaan itu disambut
oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati
peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Selain
itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.
Malaysia dikenali sebagai syurga perayaan kerana
mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum.
Kita mempunyai Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi
perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi
satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan
sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan
kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.
Perayaan
yang terdapat di Malaysia bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang
harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu
sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara
kaum. Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.
Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambangkan erti benua Asia kerana
mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.